Sunday, June 22, 2014

ESP : Memenuhi keperluan nutrisi anda

Entri kali ni aku nak bercerita psl ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein. U olls mesti dh selalu nmpak kt blog2, fb2 yg bercerite pasal ESP ni, kan. Memanglah sbb ESP killer product dlm Shaklee atau pun hot sales. Aku sendiri pun mmg amalkan makan ESP ni sejak berpantangkan anak pertama 2012 dulu..kirenye dh hampir 2 tahun pun..mmg superb :)

U olls yg mane tak tahu mesti tertanye2 ape yg bestnye ESP ni. Ok takpe let me tell you ye..

Apa itu ESP?
ESP merupakan makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Ianya merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yg menjamin penyediaan 9 asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Ia turut diperkaya dgn 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral. Sangat sesuai utk semua peringkat umur - tua dan muda. 

Apa bezanya Soy Protin yg dihasilkan Shaklee berbanding yg dh ada di pasaran?
Hish..banyak bezanya. Kalau u olls nak tahu, Shakleeni merupakan syarikat yg pertama mencipta makanan tambahan berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yg pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Husih lama tu..kire jela 2014 - 1970. Dh hampir 44 tahun,kan. Kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bhw Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adlh faktor utama dlm penjagaan kesihatan yg unggul. Bukan senang2 tau nk dpt yg betul2 berkualiti. Ada 7 tips dlm pemilihan produk soya ni. U olls jgn main sembarang je makan, kang jd len pulak. Yg tu aku akan cerite next entri ye

selain itu, ESp ni dh diiktiraf diseluruh dunia tau dgn mempunyai kajian klinikal yg sgt ekstensif & komprehensif serta memiliki kualiti protin yg sgt tinggi yg prnh dihasilkan. Kacang soya yg digunakan oleh Shaklee ni hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yg mana ianya diproses pd kadar suhu yg rendah. tambahan pula, stp 850g (1 tin ESP) dihasilkan drpd 30kg kacang soya & memeberikan sumber tenaga segera & boleh bertahan lama.

U olls tahu tak, 1 hidangan ESP ni bersamaan dgn 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric & sgt mudah diserap oleh tubuh. Ha kalau xsempat nk breakfast yg berat2, amik je ESP ni..mudah..cepat..mengeyangkan lg.




Kandungan Indeks Glisemik (G.I) pd ESP adlh rendah iaitu 39, jadi ianya sgt sesuai kpd individu yg menghidap kencing manis. So, xperlulah takut2 ye :)

Apa itu Indeks Glisemik?
Indeks Glisemik ni menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dlm darah. Karbohidrat yg memecah dgn cepat mempunyai indeks glisemik  (G.I) yg tertinggi manakala karbohidrat dgn G.I yg rendah pula memcahkan gula dgn perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dlm sistem badan manusia. Mengekalkan paras gula yg rendah dlm darah adlh amat penting dlm pengurangan berat badan & penjagaan kesihatan dlm jangkamasa panjang.

Sesetengah protin soya diproses dgn alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yg bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dgn bhn2 kimia yg digunakan dlm pemprosesan. ESP dicuci dgn air utk mengekalkan isoflavones genistein & daidzein yg kritikal demi membekalkan u olls dgn keseluruhan kebaikan soya.

Apa manfaat utama ESP?
Ha bab ni yg seronok nk cite..dh panjang lebar intro, dh kenal sket2 dgn ESP ni barulah boleh cerite bab specialnye ESP ni, ye dak?

1. Awet muda - asid amino penting utk membina otot, rambut, kuku, darah, organ, kulit, gland & lain2. Pengambilan yg kerap adlh kunci kpd awet muda. 

2. Baik utk hormon - kacang soya adlh satu-satunya tumbuhan yg kayadgn isoflavones, fungsinya bersamaan dgn hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis & sakit jantung, tp takdelah kalau si jejaka amik boleh ada sifat 'kewanitaan' gitu..so jgn risau ye jejaka2 di luar sana.

3. Baik utk prostat - GEnistein yg terkandung dlm kacang soya terbukti keupayaannya dlm mengekang pertumbuhan & perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dlm sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kpd sel kanser. Ia juga sgt baik dlm pemulihan uterus, ovari, menopaus, & pembesaran prostat.

4. Meremajakan kulit - Merangsang pembentukan semula kulit & otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit & kepejalan otot, mempercepatkan proses penyembuhan luka & mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga - Membekalkan tenaga dgn segera & meningkatkan sistem imun. Maka ianya baik utk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia & tekanan.

6. Membaiki pigmentasi - Membaiki mslh rambut spt beruban & rambut gugur, membaiki pigmentasi, kedutan & kesan tua.

7. Membaiki memori - Meningkatkn kualiti  memori, vitaliti, dorongan seksual & rangsangan.

Mengapa protin penting?
Protin adlh bahan utama dlm pembentukan pelbagai organ & tisu dlm badan serta komponen utama kpd hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, stp organ kita ni memerlukan protin. Kekurangan protin akan menyebabkan kelemahan sistem imun utk melawan penyakit, mslh lebihan air yg tinggi dlm badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, membantutkan pertumbuhan, mslh penghadaman, mslh penghasilan darah & hormon, & akhirnya boleh membawa kpd kegagalan fungsi organ & boleh membawa kpd kematian.

Apa itu asid amino?
Protin terdiri drpd lebih 20 jenis asid amino yg stp satunya akn menghasilkan jenis protin yg berbeza mengikut kpd keperluan protin & enzim yg diperlukan oleh tubuh manusia. Terdapatasida mino tertentu yg dpt dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sbg asid amino tak perlu. Manakala asid amino yg tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia & harus diperolehi dr sumber pemakanan dikenali sbg asid amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yg dikenali sbg Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas drpd pendedahan perubahan genetik, rpd benih sehingga kpd pengeluarannya.

Caution:
Disebabkan ESP berasaskan kacang soya, ada beberapa perkara yg u olls kena amik peduli/ amik tahu sekiranya berminat utk mengamalkannya;

1. Dilarang mengambilnya jika u olls ada mslh buah pinggang/ kesukaran memproses protein. Bahaya, nnt memudaratkn. Elok2 nak sihat jd sebaliknye pulak. Nauzubillah. So kena mintak nasihat pakar ye
2. Tidak boleh ambil lebih dr 3 sudu sehari. Bukan apa, kang banyak2 penat pulak ginjal tu nak proses,kan..Buah pinggang kan mcm filter..bayangkan kalau filter berkeladak, tak tersumbat ke lama2?
3. Kena banyakkan minum air putih ye sekurang2nya 3 liter sehari. Bantu buah pinggang tu bekerja :)

Ain Mohd Khalid
018-3254527