Friday, June 20, 2014

Ape nak jadi..

15 Jun 2014, Kg Sg. Melayu, Gelang Patah

Dh lame rasenye tak menjengah kampung. Entah kenape aku rase lebih dekat dgn kampung suamiku berbanding kampung aku sendiri di Batu Pahat. Mungkin kerana tak berapa rapat, atau masih segan dgn diorang di kampung. Tp di sini, adik beradik suami dibiasakan tinggal dgn mereka walau mak dgn bah takde. Mungkin kerana itu aku lebih serasi.

Sayat rase ht bile melihat keadaan saudara dekat. Hati aku menjerit2 ingin membantu tp apakan daya, aku masih tak mampu. Ahh..bilakah waktu itu akan tiba? Aku perlu berubah. Ya aku perlu berubah. Tp bagaimana? Aku sidah tidak bekerjaya. Impian aku besar. Kononnya ingin menjadi W-A-H-M a.k.a Working At Home Mom, tp dh 2 bulan msih tak nmpak bayang. Aku cuba berusaha. Tp bila menjaga 2 anak yg masih kecil, aku jd agak kekok hinggakan tiada masa utk aku menjengah handphone apatah lg laptop. Aduhai..

Banyak betul alasan,kan..tp itu yg aku rasa. Perlu bangun pagi, sediakan sarapan, berkejar nak mandikan anak-anak. Bila tengahari mase utk tidokan anak-anak sampai aku pun tertido sama. Bila bangun hari dh petang, kena siapkan makan malam. kemudian mandikan anak-anak. Malam pula anak-anak tido awal. Aku pun tido sekali. Kalau aku bangun, diorang pun bangun. Macam tulah rutin aku saban hari. Kadang-kadang timbul rase bosan sbb apa yg aku nak masih belum terlaksana.

Sekarang ni, suami dh mula berbunyi sbb semua keperluan dia tanggung. Bukan tak cukup tp takde simpanan. Anak-anak macammane? Aduhai..1 lg masalah..aku perlu bekerja kembali. Tp nk kerja di mana?

Hari ni aku dh boleh manage sikit-sikit. Kena polish lg. Anak yg sulong pun dh tak merengek bila aku on laptop, maksudnya aku dh boleh buat something. Alhamdulillah, mungkin sbb dia dh makin besar. Aku kena jugak usahakan sesuatu. Hidup ini bukan utk dinikmati seorang diri, tp dokongsikan bersama org lain. Banyak yg nak kena di perbaiki ni. Mudah2an aku mampu sbb halangan utama utk aku berjaya ialah DIRI AKU sendiri & perasaan MALAS. Bile malas, ape pun tak jd..