Pertemuan pertama..Ooo aku telah jatuh cinta!

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Perkenalan dengan Shaklee bermula pada Disember 2012 iaitu sewaktu berpantangkan anakku yg sulung. Waktu itu aku tercari-cari suplemen yg boleh memperbanyakkan susu ibu. Jamu berpantang yg aku miliki waktu itu ialah Jamu Mak Dara.

Hari pertama melahirkan Amira Sumayyah, hati sangat gembira, terutama bile si kecil pandai menyusu. Namun ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis di tengah hari. Malam pertama di rumah mak, Sumayyah menangis tak berhenti. Aku susukan tp dia tetap menangis. Suami di sebelah mendesak diberikan susu formula tetapi aku menolak. Aku nak susukan anak aku secara eksklusif. Dia berhak untuk itu. Semakin di biarkan semakin nyaring suaranya. Kasihan anakku. Susu masih sedikit. Dengan berat hati aku berikan juga susu formula. Memang kami tak standby pun susu formula. Yg ada waktu tu susu anmumku (materna). Nak tak nak terpaksa juga aku berikan pd Sumayyah. Si kecil tertidur kekenyangan. Waktu itu Allah sahaja yg tahu betapa luluhnya hati ini bila si kecil tak dapat menyusu sepenuhnya. Kerana itu aku nekad untuk mencari supplemen yg boleh membantu aku memenuhi permintaan penyusuan Sumayyah

Alhamdulillah setelah mendapatkan khidmat En. Google, ku temui jawapan. Ha itulah detik pertama aku jatuh hati dengan ESP. Terima kasih pada rakan-rakan yg membantu aku dalam misi pencarian tersebut. Walaupun aku tak dapat nak menyusukan Sumayyah secara eksklusif selama 6 bulan, namun aku tetap bersyukur sebab hingga kini dia masih menyusu badan walaupun campur dengan susu formula. Sumayyah sekarang sudah menjangkau 1 tahun 6 bulan & sekarang aku masih konsisten mengamalkan suplemen Shaklee yg pada aku sangat-sangat membantu ibu yg baru first time melahirkan. Pengalaman menyusukan anak memang sangat luar biasa dengan suplemen Shaklee. Percayalah!